Friday, February 13, 2009

Adegan Panas !!



KUALA LUMPUR 11 Feb. – Pengerusi DAP, Karpal Singh yang bertegas untuk menyaman Sultan Perak hari ini dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL).

Karpal hadir memberi keterangan bersama anaknya, Gobind Singh Deo selama kira-kira tiga jam bermula pukul 5.10 petang.

Keterangan itu dibuat di hadapan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Aziz Zakaria di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah.

Semasa ditemui pemberita, Karpal berkata, beliau memberi keterangan berhubung laporan-laporan polis yang dibuat oleh orang ramai berikutan tindakannya akan menyaman Sultan Azlan Shah.

Katanya, apa yang berlaku boleh dielak daripada menjadi lebih buruk jika Sultan Perak tampil dan membuat kenyataan terbuka mengapa baginda tidak boleh disaman.

“Apa yang keluar sebelum ini telah disalah ertikan, saya tidak boleh dipenjara malah ia bukan hasutan dan Sultan Perak pun mengetahui apa yang saya lakukan adalah betul,” jelasnya.

Karpal berkata, Sultan Azlan Shah seharusnya bertindak cepat dan tidak membiarkan perkara itu (laporan polis) menjadi begitu banyak dan mendapat perhatian umum.

“Sultan Perak perlu bersikap adil dan harus tampil secara terbuka untuk menjelaskan perkara ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman berkata, polis mengambil keterangan daripada peguam itu berkaitan 89 laporan polis di seluruh negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa khabar angin yang menyatakan Pengerusi DAP itu ditahan reman untuk membantu siasatan di bawah Akta Hasutan adalah tidak benar.

“Beliau hanya hadir memberi keterangan dan polis tidak akan menahannya buat masa ini,” jelasnya.

( ADA JUGA ORANG MACAM NI EK !! MEMPERTIKAIKAN APA KEPUTUSAN SULTAN & RAJA MEREKA !! )

No comments: