Thursday, October 9, 2008

Al-fatihah buat WANIE

Assalammualaikum semua...
Maaf tak dapat nak update semalam... hari yg panjang dilubungi tagisan perpisahan..
seperti yg dah kitorang ceritakan sebelom ini.. semalam adalah tarikh terakhir & penghabisan bagi menatap anak saudaraku (WANIE)

Wanie telah kembali keramatullah pada mlm 07/10/2008 jam 11.30mlm kerana sakit DENGGI BERDARAH yg dialaminya.. kitorang diberitahu oleh org tua kami yg kebetulan berada bersama saudara lain di hospital..

Pada usia seawal wanie yg mana baru menjangkau 23thn.. beliau telah pergi mengadap Ilahi.. mungking Allah lebih menyayangi wanie dari kami semua.. Seawal usia perkahwinan wanie yg mana akan genap 1 tahun pada hujung bulan 11 ini.. pemergian arwah pasti dirasai...

Arwah seorang yg punya ramai kenalan.. jadi tidak hairanlah di saat akhir sebelom arwah dikebumikan.. ramai kenalan dan sahabat handai dari jauh dan dekat datang memberi perhormataan terakhir.. tidak kurang juga, semua adik beradik disebelah suaminya juga hadir dari KEDAH juga memberi perhormatan..

Entah bagaimana la perasaan si suaminyakan.. Kami Sekeluarga hanya mampu berdoa agar beliau tabah menghadapi takdir YANG MAHA ESA ini.. InsyaAllah..

Marilah kita sama sama mendoakan agar arwah tenang di sana.. serta diampunkan dosanya.. serta ditempatkan dikalangan hamba2 yg dikasihi oleh ALLAH yg mana menyayangi hamba2 sebelomnya.. AL-FATIHAH

Tuesday, October 7, 2008

Hari 1 Keje (selepas raya)

Ah.. hari ni hari 1 keje lepas cuti raya..
memang busan gila la hari ni.. org pulak tak la ramai sangat..
so memang boring.. kat opis lak ramai gak kawan2 yg belom masuk keje..
cuti sambung sampai minggu depan..
melampau betul diorang ni..
takpe lakan.. kasi la pulak diorang raya puas2..

so ni dah lama gak tak update ni.. sehari dua ni banyak lak keje..
so jarang sangat nak masuk buka blog ni ..
anyway.. nanti kita cuba2 la jugak jengok2 dalam blog ni..
banyak lagi yg belom bawa masuk dalam ni..
pic2 kawen pon tak masuk lagi..
hehehehehe...

terlupa lak nak story..
hari ni ada berita kurang sedap la jugak yg berlaku..
my father call pagi tadi..
dier habaq yg anak sedara kitorang ni sakit teruk.. dah masuk ICU pon..
dari citernya si wanie (nama anak saudara 2) kena demam denggi berdarah..
so my father pon suh la g tgk petang2 skit...

dalam petang skit rasanya.. my father call lagi sekali.. dier kata si wanie dah makin teruk.. dgr dari katanya, harapan cuma 50 50.. koma dah budak tu..
so bila dah dgr camtu.. petang tu jugak kitorang p tgk..
balik je keje.. si wife dah tunggu kat umah... balik je dari tu.. terus rust naik kete g lak hospital...

ICU kat putrajaya ni.. kat tingkat satu.. so terus je masuk.. adik2 saudara mara pakcik makcik.. my father pon dah ada kat situ.. masuk je kat dalam wad.. just 2 org je leh sekali masuk.. so tunggu turn la.. then i ngan my wife pon masuk..

Astafurullah...
masyaAllah.. tgk keadaan wanie.. memang sedih.. dah tak sedarkan diri.. duk atas katil tu.. penuh ngan wayar.. siap pakai alat pernafasan lagi.. adus pilunya hati.. ditambah lak ngan keadaan muka wanie.. KEADAAN muka wanie dah bengkak2.. pipi kaki mulut.. semua dah bengkak.. lebih pilu bila nampak DARAH keluar dari mulut wanie.. berbuih2.. YA ALLAH ko ampunkan lah dosa wanie YA ALLAH TUHAN YG MAHA ESA..

tak sampai hati rasanya nak lihat lama2 lagi... dan tak sampai hati nak tinggalkan wanie bersendirian.. pilu sungguh melihat saudara2 berlinangan air mata.. untuk pengetahuan korang.. wanie baru saja berumah tangga bulan 12 yg lalu.. kini beliau terlantar sakit pulak di hospital.. marilah kita sama2 mendoakan KESEJAHTERAAN untuk WANIE !!

Friday, October 3, 2008

-= SELAMAT HARI RAYA =-



Husband & Wife & BabY (dalam perut Mak Dier DA !!)


Abg NoT & Mak TeH & IMAN


KaK Jue & Abg Fauzi