Thursday, October 9, 2008

Al-fatihah buat WANIE

Assalammualaikum semua...
Maaf tak dapat nak update semalam... hari yg panjang dilubungi tagisan perpisahan..
seperti yg dah kitorang ceritakan sebelom ini.. semalam adalah tarikh terakhir & penghabisan bagi menatap anak saudaraku (WANIE)

Wanie telah kembali keramatullah pada mlm 07/10/2008 jam 11.30mlm kerana sakit DENGGI BERDARAH yg dialaminya.. kitorang diberitahu oleh org tua kami yg kebetulan berada bersama saudara lain di hospital..

Pada usia seawal wanie yg mana baru menjangkau 23thn.. beliau telah pergi mengadap Ilahi.. mungking Allah lebih menyayangi wanie dari kami semua.. Seawal usia perkahwinan wanie yg mana akan genap 1 tahun pada hujung bulan 11 ini.. pemergian arwah pasti dirasai...

Arwah seorang yg punya ramai kenalan.. jadi tidak hairanlah di saat akhir sebelom arwah dikebumikan.. ramai kenalan dan sahabat handai dari jauh dan dekat datang memberi perhormataan terakhir.. tidak kurang juga, semua adik beradik disebelah suaminya juga hadir dari KEDAH juga memberi perhormatan..

Entah bagaimana la perasaan si suaminyakan.. Kami Sekeluarga hanya mampu berdoa agar beliau tabah menghadapi takdir YANG MAHA ESA ini.. InsyaAllah..

Marilah kita sama sama mendoakan agar arwah tenang di sana.. serta diampunkan dosanya.. serta ditempatkan dikalangan hamba2 yg dikasihi oleh ALLAH yg mana menyayangi hamba2 sebelomnya.. AL-FATIHAH

Tuesday, October 7, 2008

Hari 1 Keje (selepas raya)

Ah.. hari ni hari 1 keje lepas cuti raya..
memang busan gila la hari ni.. org pulak tak la ramai sangat..
so memang boring.. kat opis lak ramai gak kawan2 yg belom masuk keje..
cuti sambung sampai minggu depan..
melampau betul diorang ni..
takpe lakan.. kasi la pulak diorang raya puas2..

so ni dah lama gak tak update ni.. sehari dua ni banyak lak keje..
so jarang sangat nak masuk buka blog ni ..
anyway.. nanti kita cuba2 la jugak jengok2 dalam blog ni..
banyak lagi yg belom bawa masuk dalam ni..
pic2 kawen pon tak masuk lagi..
hehehehehe...

terlupa lak nak story..
hari ni ada berita kurang sedap la jugak yg berlaku..
my father call pagi tadi..
dier habaq yg anak sedara kitorang ni sakit teruk.. dah masuk ICU pon..
dari citernya si wanie (nama anak saudara 2) kena demam denggi berdarah..
so my father pon suh la g tgk petang2 skit...

dalam petang skit rasanya.. my father call lagi sekali.. dier kata si wanie dah makin teruk.. dgr dari katanya, harapan cuma 50 50.. koma dah budak tu..
so bila dah dgr camtu.. petang tu jugak kitorang p tgk..
balik je keje.. si wife dah tunggu kat umah... balik je dari tu.. terus rust naik kete g lak hospital...

ICU kat putrajaya ni.. kat tingkat satu.. so terus je masuk.. adik2 saudara mara pakcik makcik.. my father pon dah ada kat situ.. masuk je kat dalam wad.. just 2 org je leh sekali masuk.. so tunggu turn la.. then i ngan my wife pon masuk..

Astafurullah...
masyaAllah.. tgk keadaan wanie.. memang sedih.. dah tak sedarkan diri.. duk atas katil tu.. penuh ngan wayar.. siap pakai alat pernafasan lagi.. adus pilunya hati.. ditambah lak ngan keadaan muka wanie.. KEADAAN muka wanie dah bengkak2.. pipi kaki mulut.. semua dah bengkak.. lebih pilu bila nampak DARAH keluar dari mulut wanie.. berbuih2.. YA ALLAH ko ampunkan lah dosa wanie YA ALLAH TUHAN YG MAHA ESA..

tak sampai hati rasanya nak lihat lama2 lagi... dan tak sampai hati nak tinggalkan wanie bersendirian.. pilu sungguh melihat saudara2 berlinangan air mata.. untuk pengetahuan korang.. wanie baru saja berumah tangga bulan 12 yg lalu.. kini beliau terlantar sakit pulak di hospital.. marilah kita sama2 mendoakan KESEJAHTERAAN untuk WANIE !!

Friday, October 3, 2008

-= SELAMAT HARI RAYA =-



Husband & Wife & BabY (dalam perut Mak Dier DA !!)


Abg NoT & Mak TeH & IMAN


KaK Jue & Abg Fauzi



Monday, September 29, 2008

Perjalanan Pertunangan KAMI

Hai Hai...
Okies all kali ni nak citer lak perjalanan Pertunangan kami.. Untuk pengetahuan korang.. si jejaka ni bertolak dari kl pada 30 Ogos 2007. Dtg dengan rombongan meminang yg memang ramai beb.. member2 semua ikut... hehe.. tak caya tgk ni.. Ni Antara Yg Sempat Masuk Kamera

Okies la gakkan.. kawan2 dah ramai tu.. family belom lagi masuk tu.. so nak disambung lak citer.. masa p tu dah konvoi dah.. sampai la ke penang.. sampai2 dah lentok semua.. so esoknya nak p bertunang.. hari ni lena awal la semua.. (konon)

31 Ogos 2007
Time dinanti dah tiba beb.. debar debar hati ni.. baru nak tunang tu.. dier punya debar macam dah nak p perang dah.. hehe.. so bila bangun dah.. p siap2.. pakai baju melayu hak kat academy dulu.. tak sempat nak tempah yg baru dah.. hehe.. semat la jugak aku ni.. baju melayu warna putihnya bersampin kan warna biru.. perh.. dah macam hero industan dah.. hahaha...

amacam segak kan... keke.. okies.. sambung lagi.. dah siap2 tu.. si adli ngan geng2 ni pon p la ke umah si liza.. berserta dgn rombongan meminang yg lain pon menyusuri halaman umah si liza.. cam biasa la kan.. si adli ni
kena la tunggu kat luar.. alahai. sian kan.. yg lain duk
dlm umah dier duk dalam kete lak., nasib baik la kawan baik dier teman kan.. keke klu tak mau nangis dier duk dalam kete tu... lama jugak la diorang duk bincang2 bab bab kawen ni.. duk sembang punya sembang dah rasa dekat 1 jam dah.. tgk2 semua dah kuar... masa tu pon umah si liza ni ada la sedikit kenduri.. so abis je semua tu si adli pon dijemput la ke tempat makan sekali.. perh.. setle pon.. dah bleh makan dah.. tapi tu la tak tau lagikan apa yg dibincangkan !! hehehe "seperis" !!




"cincin disarung dijari manis"


"sah kami dah tunang"

Citer Pertunangan KAMI !!

Erm.. sejuk lak pagi ni.. sebab hari ujan.. so bleh la nak sambung balik pasal nak setup blog ni.. seperti yg dah di taip semalam.. hari ni nak citer lak bab pertunangan kami..

Citer ni bermula masa tu tanpa perancangan yg teratur.. masa tu rasanya dalam bulan 5 2007.. rasanya perkenalan kami time tu dah cecah 7 bulan.. time tu la 1 time balik kampung si liza jumpa family dier.. bila dah jumpa tu.. mula la rasa gelabah skit.. tapi okies la.. family liza baik2 belaka.. bayangkan la 1 jumpa je.. dah kena "perli" bila nak tumbang lembu.. agak2 korang pon paham kan !! so nak taknak pon dengan muka selamber je say "insyaAllah"

so lepas2 dari tu mula la duk bertanya tentang "majlis" tu, pening gak pala bila nak letak tarikh nya tu.. disebabkan pada awal bulan 6 2007 si adli ni telah menjalani kursus induksi selama 2 bulan. iaitu sampai la awal bulan 8 2007.. hehe.. lama tu beb 2 bulan.. rindu gila.. dah la tak leh nak jumpa.. call pon jarang.. duk dalam academy ni susah skit la nak call2 ni.. so bila dah kuar je dari akademi tu, kami pon cadang nak bertunang.. hehe.. rasa cam gelojoh tak ?? tapi rasa okies kut.. org tua duk bertanya je.. so ambil keputusan kira okies la..

hehe.. jadi nak diceriakan cerita.. kami pon plan la bila tarikhnyan.. dah dapat satu tarikh azimat (kononnya la) iaitu pada 31 Ogos 2007. Sambut majlis time org sambut merdeka tu.. kira senang skit la nak ingat kan.. keke.. Nak gak tarikh tu kan ... sebenarnya ada sebab ambik tarikh tu pon. pasal pada 1 Setember 2007 member pulak yg tunang... so kami rasa ambik la tarikh sebelah2.. senang skit nak sekali jalan je... Majlis kami kat umah liza di KEPALA BATAS, Penang, yg member tu pulak kat SG. PETANI, Kedah. sekali harung je kami p..

Ok2.. tutup jap bab tu, now bab cari cari barang pertunangan lak... hehe.. bab ni memang syok beb.. pasal banyak barang tu.. memang si adli je yg bayar lebih... tapi tak kisah la kan.. pasal dah
nak sangat bertunang, so memang layak kena bayar lebihkan.. hehe..

1 sekali kami p la cari barang2 yg dipikir sesuai dgn majlis tu.. bermula dgn permilihan warna.. SI ADLI pilih warna BIRU.. SI LIZA pilih PINK. bila dah ada warna tu.. p la kami mencari barangnya2.. klu ikutkan mula mula nak anta 5 balas 7 je.. so bila dah p cari2 barang tu.. dah up lak lagi 2.. dah jadi 7 balas 9 lak..

banyak gak barang nak cari beb.. bukan pasal apa.. ada masa singkat je nak cari.. time masa tu dah dekat sangat.. jadi nak taknak kami pon p la buat tempahan hantaran kat kedai.. barang2 kami cari.. design2 je suruh kedai terus buat.. hehe.. nak permudahkan kerja... malas nak pikir2 banyak2.. "semak".

Okies all ni list2 barang yg diberi :-

Barang Hantaran PEREMPUAN ke LELAKI
1. sirih junjung
2. kasut
3. kek sebijik
4. buah buahan
5. wallet & tali pinggang
6. songkok & sejadah
7. kuih muih
8. cokelat
9. potpouri

(banyak yg lebih tu takda dalam list sebab itu semua org yg kasi)

Barang Hantaran LELAKI ke PEREMPUAN
1. cincin sebentuk
2. gula, garam, (pelikkan.. tapi tu memang ada, sebelah penang je kut)
3. kek sebijik
4. buah buahan
5. kasut
6. kuih2
7. tepak sirih