Monday, September 29, 2008

Citer Pertunangan KAMI !!

Erm.. sejuk lak pagi ni.. sebab hari ujan.. so bleh la nak sambung balik pasal nak setup blog ni.. seperti yg dah di taip semalam.. hari ni nak citer lak bab pertunangan kami..

Citer ni bermula masa tu tanpa perancangan yg teratur.. masa tu rasanya dalam bulan 5 2007.. rasanya perkenalan kami time tu dah cecah 7 bulan.. time tu la 1 time balik kampung si liza jumpa family dier.. bila dah jumpa tu.. mula la rasa gelabah skit.. tapi okies la.. family liza baik2 belaka.. bayangkan la 1 jumpa je.. dah kena "perli" bila nak tumbang lembu.. agak2 korang pon paham kan !! so nak taknak pon dengan muka selamber je say "insyaAllah"

so lepas2 dari tu mula la duk bertanya tentang "majlis" tu, pening gak pala bila nak letak tarikh nya tu.. disebabkan pada awal bulan 6 2007 si adli ni telah menjalani kursus induksi selama 2 bulan. iaitu sampai la awal bulan 8 2007.. hehe.. lama tu beb 2 bulan.. rindu gila.. dah la tak leh nak jumpa.. call pon jarang.. duk dalam academy ni susah skit la nak call2 ni.. so bila dah kuar je dari akademi tu, kami pon cadang nak bertunang.. hehe.. rasa cam gelojoh tak ?? tapi rasa okies kut.. org tua duk bertanya je.. so ambil keputusan kira okies la..

hehe.. jadi nak diceriakan cerita.. kami pon plan la bila tarikhnyan.. dah dapat satu tarikh azimat (kononnya la) iaitu pada 31 Ogos 2007. Sambut majlis time org sambut merdeka tu.. kira senang skit la nak ingat kan.. keke.. Nak gak tarikh tu kan ... sebenarnya ada sebab ambik tarikh tu pon. pasal pada 1 Setember 2007 member pulak yg tunang... so kami rasa ambik la tarikh sebelah2.. senang skit nak sekali jalan je... Majlis kami kat umah liza di KEPALA BATAS, Penang, yg member tu pulak kat SG. PETANI, Kedah. sekali harung je kami p..

Ok2.. tutup jap bab tu, now bab cari cari barang pertunangan lak... hehe.. bab ni memang syok beb.. pasal banyak barang tu.. memang si adli je yg bayar lebih... tapi tak kisah la kan.. pasal dah
nak sangat bertunang, so memang layak kena bayar lebihkan.. hehe..

1 sekali kami p la cari barang2 yg dipikir sesuai dgn majlis tu.. bermula dgn permilihan warna.. SI ADLI pilih warna BIRU.. SI LIZA pilih PINK. bila dah ada warna tu.. p la kami mencari barangnya2.. klu ikutkan mula mula nak anta 5 balas 7 je.. so bila dah p cari2 barang tu.. dah up lak lagi 2.. dah jadi 7 balas 9 lak..

banyak gak barang nak cari beb.. bukan pasal apa.. ada masa singkat je nak cari.. time masa tu dah dekat sangat.. jadi nak taknak kami pon p la buat tempahan hantaran kat kedai.. barang2 kami cari.. design2 je suruh kedai terus buat.. hehe.. nak permudahkan kerja... malas nak pikir2 banyak2.. "semak".

Okies all ni list2 barang yg diberi :-

Barang Hantaran PEREMPUAN ke LELAKI
1. sirih junjung
2. kasut
3. kek sebijik
4. buah buahan
5. wallet & tali pinggang
6. songkok & sejadah
7. kuih muih
8. cokelat
9. potpouri

(banyak yg lebih tu takda dalam list sebab itu semua org yg kasi)

Barang Hantaran LELAKI ke PEREMPUAN
1. cincin sebentuk
2. gula, garam, (pelikkan.. tapi tu memang ada, sebelah penang je kut)
3. kek sebijik
4. buah buahan
5. kasut
6. kuih2
7. tepak sirih

No comments: